HOME

Monday, June 1, 2015

Zinc Untuk Lelaki

Mineral adalah antara komponen penting dalam makanan setiap orang. Bagi lelaki zinc adalah satu mineral penting khususnya untuk kesihatan seksual. 

Apa itu zinc?

Zinc adalah merupakan trace mineral yang penting dan diperlukan oleh sistem tubuh manusia untuk kekal sihat dan merupakan yang kedua terpenting selepas zat besi. 

FUNGSI 

Pada tubuh manusia zinc didapati dalam sel-sel pada seluruh tubuh manusia. Ia diperlukan sebagai sistem imun badan iaitu sistem pertahanan tubuh. Zinc bertindak memecahkan sel-sel, membantu pertubuhannya serta memulihkan luka disamping sebagai sumber untuk memecah karbohidrat. 

Deria bau dan rasa juga memerlukan zinc. Ia juga diperlukan pada semua peringkat pertumbuhan  manusia dari dalam kandunga, masa bayi, masa remaja dan seterusnya untuk membolehkan berlaku tumbesaran yang sihat. 

SUMBER ZINC

Kandungan zinc yang tinggi terdapat pada makanan yang berprotin tinggi, Daging lembu dan kamping mengandungi lebih banyak zinc berbanding ikan. Daging ayam yang lebih gelap juga mengandungi zinc yang lebih tinggi berbanding daging yang lebih putih. 

Kekacang, bijirin, legumes dan yis juga adalah sumber zinc.

Buah-buahan dan sayuran bukanlah sumber zinc yang baik kerana zinc dalam tumbuhan tidak tersedia untuk digunakan oleh tubuh manusia berbanding sumber protin haiwan. Atas sebab itu mereka yang mengamalkan diet berprotin rendah dan vegetarian biasanya mempunyai kandungan zinc yang rendah. 

Multivitamin dan suplemen mineral juga ada kandungan zinc seperti zinc gluconate, zinc silfat atau zin acetat, namun adalah tidak jelas sama ada kelebihan antara satu sama lain. Ubat-ubatan yang anda beli di kedai atau farmasi juga mengandungi zinc. Contohnya dalam lozenj untuk selsema, semburan hidung dan sebagainya. 

Tubuh badan manusia memerlukan trace mineral sekadar cukup untuk ia berfungsi dan lebih bukan berti lebih baik. Jika terdapat lebih zinc dalam tubuh, anda mungkin akan mengalami ceret-beret, cramp perut dan muntah-muntah. Kesannya mungkin berlaku antara 3-10 jam selepas mengambil suplement berkenaan dan ia akan reda selepas beberapa jam atau selepas anda berhenti mengambilnya. Mereka yang sering semburan hidung dan gel yang mengandungi zinc mungkin mengalami kesan sampingan seperti hilang deria bau. 

KESAN KEKURANGAN ZINC

Jika seseorang itu kekurangan zinc mereka akan mengalami simpton seberti berikut: sering terkena jangkitan, hypogonadism di kalangan lelaki, rambut gugur, kurang nafsu makan, masalah penglihatan dalam gelap, luka lambat sembuh dan masalah dengan deris rasa dan bau. 


BERAPA BANYAK KEPERLUAN ZINC DALAM TUBUH ANDA?

Rajah berikut dipetik dari National Institute of Health
 





No comments: