HOME

Sunday, December 23, 2007

Minyak Lintah Karut?

Salah satu ruangan yang saya sering baca dalam My Metro ialah ruangan tanya pakar iaitu Doktor Sakit tuan. Baru-baru ini ada satu permasalahan tentang penggunaan ubat-ubatan dan minyak oleh lelaki yang begitu obses dengan alat sulit masing-masing. Ramai lelaki yang bercita-cita untuk memilikki zakar yang panjang, besar dan ampuh. Kesannya mereka mudah terpengaruh dengan minyak urut yang boleh dibeli khususnya daripada penjual ubat di kaki lima kerana ianya mudah dan boleh dilakukan sendiri. Jika ditinjau dan rajin berjalan untuk tengok orang jual ubat di kaki lima, berbagai ubat untuk tujuan seks dijual dan bagi lelaki ianya sesuatu yang pasti tidak patut dilepaskan kerana ingin menjadi lelaki sejati dan hebat semasa bersama isteri masing-masing.

Dr Ismail Tambi dalam ruangannya di my metro online telah menjawab satu permasalahan daripada seorang pembaca tentang penggunaan minyak lintah. Baca seterusnya.......

Suntikan Minyak Kayu Cendana

Diharap blog ini dapat menjadi panduan untuk lelaki yang obses dengan alat sulit masing-masing.

Zainuddin Mohd Din melaporkan dalam muka depan Harian Metro tentang masalah lelaki yang menderita pelbagai komplikasi pada kemaluan selepas menerima suntikan minyak kayu cendana daripada ‘doktor kaki lima’ yang kononnya boleh membesarkan saiz alat sulit. Dilaporkan ada yang membayar sehingga RM1,500 untuk menerima suntikan yang berakhir dengan derita kesakitan dan risiko hilang keupayaan melakukan hubungan seks secara kekal.

Mengikut laporan itu lagi, penggunaan minyak kayu cendana bermula di Kepulauan Borneo, terutama Sabah dan Brunei, tetapi kini merebak ke Semenanjung Malaysia dengan ramai mangsa merupakan lelaki dari Pantai Timur dan Lembah Klang. Demikian pendedahan yang dibuat oleh Dr. Ismail Tambi, seorang pakar sakit tuan yang terkenal.

Baca selanjutnya........

Kredit gambar: My Metro Online.