HOME

Thursday, February 25, 2016

Kepentingan Lelaki Menjaga Prostat

Prostat adalah merupakan salah satu organ yang amat penting bagi lelaki menjaganya disamping, organ-organ yang lain. Kelenjar prostat hanya terdapat pada lelaki dan merupakan salah satu organ dalam sistem urinari dan reproduktifnya.

Ia adalah merupakan salah satu kelenjar sek bagi lelaki yang terdiri daripada beberapa kumpulan kelenjar dan letaknya mengelilingi saluran kencing dan sebahagian pundi kencing dan memainkan peranan yang penting dalam proses pancutan air mani. 


Kelenjar ini bersaiz kecil danam bentuk donut dan terletak di bahagian bawah pundi kencing yang mampu membawa banyak kesedihan kepada lelaki berbanding organ-organ atau bahagia lain pada tubuhnya. Walaupun ramai lelaki berhadapan dengan masalah prostate pada satu-satu tahap dalam hidupnya, namun ramai juga tidak memberikan perhatian terhadap masalah tersebut. 


Prostate bagi lelaki digelar sebagai P spot seperti mana G spot yang terdapat pada wanita. Salah satu fungsinya ialah ia mampu meningkatkan kenikmatan seksual (dikatakan 33% lebih orgasme) jika diransang.  


Fungsi utama prostate ialah semasa perhubungan seks dengan pasangannya iaitu apabila berlakunya pancutan air mani. Ia akan merembeskan cecair alkaline yang menjadi sebahagian daripada kandungan air mani itu. Peranan cecair ini ialah menyuburkan air mani yang menyebabkan peningkatan  jumlah kandungan air mani, disamping cecair-cecair yang lain . 

Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan prostat lelaki ialah melalui prostate massage.

Prostate massage adalah sesuatu yang diabaikan oleh lelaki  dan jarang dibincangkan
Prostate massage adalah merupakan stimulasi kelenjar prostat untuk stimulasi seks dan juga untuk kesihatannya. Ia boleh diransang dari bahagian belakang dinding dubur atau secara luaran pada bahagian perinium. Apa pun jika melakukan massage yang melampau boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan bahagian dalam (prostatitis). 

Melakukan massage prostate secara berterusan mampu mengurangkan risiko prostatitis, kanser prostat, rasa tidak selesa pada bahagian kemaluan, simptom mati pucuk dan masalah kerap kencing waktu malam. di samping itu ia juga dapat membantu fungsi ketegangan zakar serta meningkatkan jumlah air mani. 

Prostat boleh diurut menggunakan jari tetapi hendaklah mencari dan mengesan di mana letaknya prostate tersebut dan kemudian mengeselnya secara berulang. Sekiranya mencari dan mengesan kelenjar ini menjadi satu masalah, di pasaran terdapat juga alat-alat bantuan yang dinamakan sebagai prostate massager.  
Selain tindakan secara fizikal terhadap prostat melalui mengurut, penjagaan prostat secara dalaman juga perlu diambil kira. Ada herba-herba dan persedian secara perubatan yang boleh membantu. Salah satunya herba yang baik untuk prostat ialah Saw Palmetto. Sekiranya anda menjumpai "ubat" yang mengandungi Saw Palmetto, maka ianya sesuai untuk kesihatan prostat. Abaikan kesan-kesan lain seperti membesarkan dan memanjangkan zakar atau tahan pancutan. Setengah ubat menggunakan dakwaan tersebut untuk melariskan produk. 
Rujukan: bahan-bahan dari internet.