HOME

Wednesday, December 3, 2014

Viagra Semulajadi

Viagra adalah salah satu ubat (dadah) yang mendapat perhatian ramai lelaki yang menghadapi masalah lemah syahwat atau lemah tenaga bathin. Viagra adalah agal tinggi harganya dan hanya Doktor sahaja yang boleh memberikan preskripsi sama ada seorang penghidap lemah tenaga syahwat atau Erectile Dysfunction boleh mengambil viagra atau tidak. Ini kerana bukan semua orang sesuai untuk mengambil viagra khususnya bagi mereka yang sedang mengalami masalah dengan jantung.

Memandangkan harga viarga tulen mahal dan hanya boleh diambil atas seliaan Doktor, ramai pula yang membeli ubat tiruan yang dibuat seperti viagra. Saya tidak pasti sama ada ia berkesan atau tidak kerana saya tidak pernah mencuba dan tidak berani nak mencuba. Saya tidak mahu ada apa-apa kesan sampingan setelah mengambilnya. Apa lagi faktor usia saya.

Namun ada cara yang lebih baik untuk membantu masalah kurang daya tahan sek bagi lelaki iaitu dengan menggunakan bahan semulajadi. Salah satu bahan yang banyak dikongsi di laman You Tube ialah tembikai.

Tembikai mempunyai kandungan Lycopene yang tinggi selepas tomato. Lycopene adalah phytnutrien carotenoid dan saintis mempercayai yang ia juga membantu dalam kesihatan tulang. Selain tembikai buah jambu dan grapefruit (limau gedang). juga mengandungi kandungan Lycopene yang tinggi.

Satu lagi kandungan yang terdapat pada buah tembikai ialah citrulline yang berupa asid amino. Citrulline ini akan diproses oleh buah pinggang dan organ-orang lain dalam sistem tubuh manusia kepada argine (satu lagi bentuk asid amino). Adalah dianggarkan satu cawan jus tembikai mengandungi 250 milligram citrulline. Citruline ini selepas diserap akan ditukar kepada argine oleh tubuh kita. Kandungan argine ini akan membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh dan juga membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Baca selanjutnya tentang citruulline DI SINI.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kesan viagra semulajadi bolehlah mencuba minum jus tembikai. Lihat cara membuatnya seperti dalam video You Tube di bawah. Selamat mencuba.



2 comments:

Cikli Masngun said...

Lelaki ni bagus amik zink dan vitamin E. Bagus untuk pelihara prostat.

JEMPUT LA KE BLOG SAYA

Anonymous said...

TQ kerana memberi komen. memang betu zinc adalah salah satu mineral yang baik untuk kesihatan seksual lelaki. Satu lagi bahan yang baik untuk prostat ialah Saw Palmetto.