HOME

Monday, July 7, 2008

Saw Palmetto


Beberapa bulan lepas salah satu produk Mayfirst yang paling popular di kalangan lelaki ialah Pronoton. Kini produk tersebut telah ditarik balik dari pasaran oleh syarikat berkenaan setelah kajian Kementerian Kesihatan mendapati ada sildenafil trace dalam salah satu batch keluarannya. Langkah menarik balik produk dari pasaran ini menunjukkan bahawa syarikat Mayfirst bertanggungjawab terhadap produknya dan kesan kepada pengguna.

Salah satu bahan yang terdapat dalam Pronoton ialah saw palmetto. Apa dia Saw Palmetto?

Mengikut Wikipedia Saw palmetto, adalah merupakan ekstrak dari buah yang nama saintifiknya Serenoa repens. Ia kaya dengan asid lemak dan t is rich in fatty acids and phytosterols, dan telah menunjukkan kesan-kesan positif dalam merawat benign prostatic hyperplasia[1]. atau bengkak prostat.

Orang asli Amerika menggunakan buah ini sebagai makanan dan disamping itu untuk merawat beberapa penyakit yang perkaitan dengan sistem urinari dan peranakan bagi wanita. Orang-orang Maya pula meminumnya sebagai tonik dan orang Seminoles menggunakannya sebagai antiseptik.

Sewaktu Pronoton masih di pasaran saya telah menggunakannya walaupun tidak secara teratur tetapi hasilnya masalah kencing tidak lawas tidak lagi berlaku. Mungkin kesan pengambilan Pronoton yang mengandungi Saw Palmetto itu yang menyebaban prostate saya tidak membengkak dan menjadikan kencing lebih lawas.

walau bagaimanapun ada kajian juga menunjukkan kesan Saw Palmetto hanyalah sebagai placebo sahaja.