HOME

Wednesday, December 3, 2014

Viagra Semulajadi

Viagra adalah salah satu ubat (dadah) yang mendapat perhatian ramai lelaki yang menghadapi masalah lemah syahwat atau lemah tenaga bathin. Viagra adalah agal tinggi harganya dan hanya Doktor sahaja yang boleh memberikan preskripsi sama ada seorang penghidap lemah tenaga syahwat atau Erectile Dysfunction boleh mengambil viagra atau tidak. Ini kerana bukan semua orang sesuai untuk mengambil viagra khususnya bagi mereka yang sedang mengalami masalah dengan jantung.

Memandangkan harga viarga tulen mahal dan hanya boleh diambil atas seliaan Doktor, ramai pula yang membeli ubat tiruan yang dibuat seperti viagra. Saya tidak pasti sama ada ia berkesan atau tidak kerana saya tidak pernah mencuba dan tidak berani nak mencuba. Saya tidak mahu ada apa-apa kesan sampingan setelah mengambilnya. Apa lagi faktor usia saya.

Namun ada cara yang lebih baik untuk membantu masalah kurang daya tahan sek bagi lelaki iaitu dengan menggunakan bahan semulajadi. Salah satu bahan yang banyak dikongsi di laman You Tube ialah tembikai.

Tembikai mempunyai kandungan Lycopene yang tinggi selepas tomato. Lycopene adalah phytnutrien carotenoid dan saintis mempercayai yang ia juga membantu dalam kesihatan tulang. Selain tembikai buah jambu dan grapefruit (limau gedang). juga mengandungi kandungan Lycopene yang tinggi.

Satu lagi kandungan yang terdapat pada buah tembikai ialah citrulline yang berupa asid amino. Citrulline ini akan diproses oleh buah pinggang dan organ-orang lain dalam sistem tubuh manusia kepada argine (satu lagi bentuk asid amino). Adalah dianggarkan satu cawan jus tembikai mengandungi 250 milligram citrulline. Citruline ini selepas diserap akan ditukar kepada argine oleh tubuh kita. Kandungan argine ini akan membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh dan juga membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Baca selanjutnya tentang citruulline DI SINI.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kesan viagra semulajadi bolehlah mencuba minum jus tembikai. Lihat cara membuatnya seperti dalam video You Tube di bawah. Selamat mencuba.



Tuesday, December 2, 2014

KELEBIHAN MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS

1. Melakukan hubungan seks mengurangkan sakit kepala. Setiap kali anda berasmara, ia melegakan ketegangan pada saluran yang membawa darah ke kepala. 

2. Seks yang banyak boleh melegakan hidung terseumbat. Seks adalah merupakan antihistamine semulajadi dan ia membantu seseorang melawan asthma (lelah) dan spring allergies.

3. Berasmara adalah merupakan satu bentuk rawatan kecantikan yang menakjubkan. Saintis telah mendapati bahawa apabila wanita melakukan hubungan seks, mereka akan merembeskan banyak estrogen. Estrogen adalah salah satu hormon sex wanita sama seperti testosteron pada lelaki. 

4. Seks adalah salah satu sukan yang paling selamat. Melakukan hubungan seks dapat bantu menguatkan otot pada suami dan juga isteri. Ia adalah lebih menyeronokkan daripada berenang 20 ulangan dalam kolam renang dan tidak memerlukan sebarang pakaian (LOL)

5. Lakukan dengan perlahan, lancar dan relaks untuk mengelakkan daripada mengalami dermatitis, melecet kulit dan jerawat. Peluh yang keluar semasa melakukan hubungan itu membantu membersihkan liang peluh dan menjadikan kulit lebih bersinar. 
6. Berasmara boleh membakar kalori yang anda kumpul ketika makan malam yang romantik sebelum masuk tidur. 

7. Sex adalah merupakan satu ramuan semulajadi untuk merawat depresi. Ia merembeskan endorfin ke dalam saluran darah menimbulkan satu keadaan euforia yang membuatkan kedua-dua suami dan isteri berasa sungguh unik. 

8 . Sex adalah satu tranquilizer dan merehatkan otot. Ia seribu kali lebih berkesan berbanding Valium

9 . Tubuh yang aktif secara seksual merembeskan lebih banyak pheromones.

10 . Bercium setiap hari boleh mengurangkan lawatan ke doktor gigi. Bercium adalah satu seni yang menjadikan gigi lebih bersih dan air liur yang keluar mambantu mengurangkan asid yang menyebabkan kerosakan gigi. 
Credit Foto seperti pada watermark